Assalamualaikum. Selamat pagi. Lama sangat ni tak menulis. Ke menaip? Heeeee Bertahun tak kongsi apa-apa kat sini. Bukan apa, banyak benda nak uruskan. Dalam banyak benda dibuat tu kan, hari ni rasa nak kongsi salah satu benda yang saya buat. Benda ke? Ke perkara? Ke aktiviti? OkOk, jom lah saya kongsikan. Dengan rasa sukacita di hati ni saya nak kongsi yang saya baru je sambung study. Hah, dah kahwin anak dua dan di usia 30an baru sampai seru tu dan baru ada action. Lewat ke? Untuk manfaat dan kepuasan diri sendiri tu, tak rasa pun lewat. Lagi satu, perjalanan study setakat ini dipermudahkan. Anak-anak dan suami faham,memahami dan difahami. Tu penting. Sambung study dalam Mass Comm (PR). Chill jugak tau course ni. Nak kata senang susah tu, dua-dua ada tapi enjoy. Semester lepas, salah satu subjek yang saya ambil adalah Digital Photo. Walaupun selalu ambil gambar, tapi masa ambil subjek ni, baru tahu apa itu Digital Photo yang sebenar-benarnya. Hentam kromo je sebelum
Oke hai, assalamualaikum. Berasa terpanggil nak share pengalaman jumpa Prof Muhaya. Tak pernah sangka akan jumpa berjumpa begini dengan Prof. Yelah, saya ni siapa kan? Langsung tak de kaitan yang memungkinkan kami akan jumpa. Bila saya kenangkan kembali waktu itu, rasa ada je Prof dekat dengan saya. Semua kata-kata yang keluar dari Prof semuanya mahal walau dilontarkan dengan cara santai. Tu la dia aura seorang yang berilmu kan. Alhamdulillah, ni la antara pengalaman berharga buat saya. Banyak je pesanan Prof tapi yang paling saya ingat ialah, jadilah mata yang sentiasa memandang pada kebaikan di sekeliling kita setiap hari setiap masa. Faham-faham la ye. Kita kan semua dah pandai fikir mana baik mana buruk. Muka saya masa ni breakout teruk jugak. dengan parut jerawatnya dengan gelap nya (sobsss). Tapi tak pe lah, Prof kata asal hati tu selalu di cantikkan dan dibersihkan. Nanti kalau mekap sakan, nak solat pun amik masa nak bersihkan muka. Tu pun kalau bersih sungguh, kan? sepa