Skip to main content

Digital Photo

Assalamualaikum. Selamat pagi.
Lama sangat ni tak menulis. Ke menaip? Heeeee

Bertahun tak kongsi apa-apa kat sini. Bukan apa, banyak benda nak uruskan.
Dalam banyak benda dibuat tu kan, hari ni rasa nak kongsi salah satu benda yang saya buat. Benda ke? Ke perkara? Ke aktiviti?

OkOk, jom lah saya kongsikan. Dengan rasa sukacita di hati  ni saya nak kongsi yang saya baru je sambung study. Hah, dah kahwin anak dua dan di usia 30an baru sampai seru tu dan baru ada action. Lewat ke? Untuk manfaat dan kepuasan diri sendiri tu, tak rasa pun lewat. Lagi satu, perjalanan study setakat ini dipermudahkan. Anak-anak dan suami faham,memahami dan difahami. Tu penting.

Sambung study dalam Mass Comm (PR). Chill jugak tau course ni. Nak kata senang susah tu, dua-dua ada tapi enjoy. Semester lepas, salah satu subjek yang saya ambil adalah Digital Photo. Walaupun selalu ambil gambar, tapi masa ambil subjek ni, baru tahu apa itu Digital Photo yang sebenar-benarnya. Hentam kromo je sebelum asal cantik gambar tu. Konon. 
Ok, ini antara koleksi gambar yang saya ambil mengikut kategori gambar yang lecturer minta.

Ini dinamakan Rule Of Third (RO3). Nampak biasa je. Info lebih, google lah ya. Tapi lepas dari tu, memang banyak jugak gambar saya ambil ikut rules. Kalau tak, Haaa tangkappppp 😜Panas-panas terik saya pergi tangkap gambar ni. Syok jugak.
Lagi, aduh seronok pulak throwback ni.

Huuuuuu, ini dia Rotating Effect. Masa praktis dalam kelas kan nak nangis je. Sebab tak dapat-pandai-pandai dengan teknik ni. Dah lah semua gambar ni guna Mode Manual. Masyakkkk. Gian jugak tau bila dapat gambar dengan teknik-teknik yang dipelajari.
Sikit lagi nak kongsi.

Ini pulak Zoom Burst. Mula-mula pun susah tapi biasalah kalau dah dapat. Gian.
Banyak lagi sebenarnya, tapi rasa nak kongsi ni je dulu. Lain-lain gambar saya share lain kali. Boleh gitu? Boleh, sebab dalam google banyak gambar cantik-cantik. Cari je apa gambar nak. Yang saya ambil ni semua amatur punya level je. Segan. 
Sehingga ini saja pertemuan kita kali ni. Nanti saya datang lagi. Ok? See ya. 

Comments

Popular posts from this blog

Bungkusan paling berharga

Bilamana Tuhan ingin menguji kita, adakala tuhan membalut masalah kemas-kemas dan mengirim kepada kita. Saat kita berniat menjadi hamba yang baik dan taat padaNya, saat itu akan ada banyak masalah yang datang. Berbungkus-bungkus..itu la yang paling berharga. Berharga bagi orang-orang yang mahu berfikir. Ketika kita diuji dengan seseorang yang berkata buruk tentang kita, sabar. Sesakit sabar itu tapi manisnya ada di hujung. Pasti jumpa. Kita dicipta bukan untuk membalas orang yang menyakiti. Kewajipan kita hanya sabar kerana sabar itu merupakan ADAB kita kepada Tuhan. Fokus untuk perbaiki urusan dunia dimana ia adalah tempat kita mencari bekalan. Fokus untuk perbaiki urusan akhirat dimana ia adalah tempat kita kembali. Jadikan kehidupan ini untuk kita menambah kebaikan.

Pada waktu itu

Oke hai, assalamualaikum. Berasa terpanggil nak share pengalaman jumpa Prof Muhaya. Tak pernah sangka akan jumpa berjumpa begini dengan Prof. Yelah, saya ni siapa kan? Langsung tak de kaitan yang memungkinkan kami akan jumpa. Bila saya kenangkan kembali waktu itu, rasa ada je Prof dekat dengan saya. Semua kata-kata yang keluar dari Prof semuanya mahal walau dilontarkan dengan cara santai. Tu la dia aura seorang yang berilmu kan. Alhamdulillah, ni la antara pengalaman berharga buat saya. Banyak je pesanan Prof tapi yang paling saya ingat ialah, jadilah mata yang sentiasa memandang pada kebaikan di sekeliling kita setiap hari setiap masa. Faham-faham la ye. Kita kan semua dah pandai fikir mana baik mana buruk. Muka saya masa ni breakout teruk jugak. dengan parut jerawatnya dengan gelap nya (sobsss). Tapi tak pe lah, Prof kata asal hati tu selalu di cantikkan dan dibersihkan. Nanti kalau mekap sakan, nak solat pun amik masa nak bersihkan muka. Tu pun kalau bersih sungguh, kan? sepa