Bilamana Tuhan ingin menguji kita, adakala tuhan membalut masalah kemas-kemas dan mengirim kepada kita. Saat kita berniat menjadi hamba yang baik dan taat padaNya, saat itu akan ada banyak masalah yang datang.
Berbungkus-bungkus..itu la yang paling berharga. Berharga bagi orang-orang yang mahu berfikir.
Ketika kita diuji dengan seseorang yang berkata buruk tentang kita, sabar. Sesakit sabar itu tapi manisnya ada di hujung. Pasti jumpa. Kita dicipta bukan untuk membalas orang yang menyakiti.
Kewajipan kita hanya sabar kerana sabar itu merupakan ADAB kita kepada Tuhan.
Kewajipan kita hanya sabar kerana sabar itu merupakan ADAB kita kepada Tuhan.
Fokus untuk perbaiki urusan dunia dimana ia adalah tempat kita mencari bekalan. Fokus untuk perbaiki urusan akhirat dimana ia adalah tempat kita kembali.
Jadikan kehidupan ini untuk kita menambah kebaikan.
Comments
Post a Comment